tentang saya

Assalam untuk semua yang terjumpa blog ni...

Da lama nak buat tapi tak sempat....blog ni tempat nak simpan macam2 yang telah dibuat dan nak kongsi untuk siapa2 yang memerlukan. Saya sendiri senang nak cari maklumat balik..apa2 yang saya dah buat atau catat.....kkdg fon rosak abis semua gambar dan catatan ....so letak kat sini.....senang...hihi..

Saya tinggal di seremban 2. pindah dari cheras dan sekarang mengajar d salah sebuah sekolah kawasan seremban 2. Bermula  Jun 2014. Walaupun di cheras 14 tahun sebagai guru....bila pindah sekolah baru kita jadi junior semula. Sebagai orang baru... tak boleh sombong  dan perlu berinteraksi dengan baik. Masa mula - mula datang ntah kenapa ada satu majlis tu...mereka letak saya pengacara majlis sedangkan saya tiada pengalaman dalam bidang ni...tapi saya tak berani tolak...sebab saya orang baru...nanti ckp mengada - ngada pula....terpaksa la mencuba...

Dari bulan 6 tu...hingga hujung persekolahan,saya jadi pengacara untuk lebih dari 6 majlis...dan tak dapat dilupakan bila orang bagi kepercayaan menjadi pengacara untuk majlis perasmian sekolah dan perasminya Menteri Besar Negeri Sembilan....hurm..rasa tak percaya pun ada....saya pun tak tahu jika itu salah satu potensi saya.....just nak ucapkan terima kasih sangat pd lela dan halmimazira....mereka ni pengacara tetap di sekolah cheras....so byk minta pandangan mereka....

Bila 2015...dapat Guru Besar baru bila GB lama pencen....yang ni suka wat giliran tugas....so..start yang ni x de la semua majlis asyik muka saya je yg kna hndle pengacara....hurm...lega rasanya....
so dengan adanya blog ni...saya nak jadikan semua teks saya  boleh dirujuk di sini...x perlu nak cari2 tempat lain dah....sapa nak share silakan....sebab saya sangat memahami jika ada masanya kita sangat memerlukan data atau maklumat untuk dicari.

selain skrip pengacara...apa yang saya boleh kongsi di sini ialah mungkin minit mensyuarat, sarana ibu bapa sebab masih lagi kena jadi S/U PIBG bagi sesi 2018/ 2019...dan mungkin juga semua aktiviti pengawas..coz masih lagi jadi ketua guru penasihat pengawas....atau apa2 lah yang sesuai boleh share cni.... : )




Ulasan